Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak akan menerima golongan al-Ṣaqqūr pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا يقبل من الصقور يوم القيامة صرفا ولا عدلا قلنا : يا رسول الله وما الصقور؟ قال : الذي يدخل على أهله الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak akan menerima golongan al-Ṣaqqūr pada hari kiamat. Kami bertanya: Wahai Rasulullah apakah maksud al-Ṣaqqūr? Baginda SAW menjawab: Seseorang yang membawa masuk lelaki ke dalam ahli keluarganya (isterinya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 123, hadis nombor 629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مالك بني أخامر (أخيمر) رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبَلُ مِنَ الصّقُّورِ يومَ القيامةِ صَرْفاً وَلا عَدْلا، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ! ومَا الصّقُّورُ؟ قَالَ: الَّذِي يُدْخِلُ عَلَى أَهْلِهِ الرَّجُالَ. [تخ، البزار في مسنده، طب، هب، الضعيفة (6050)]

(Lemah) Daripada Mālik Bani Akhāmir (Ukhaymar) RA bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak akan menerima golongan al-Ṣaqqūr pada hari kiamat. Kami bertanya: Wahai Rasulullah apakah maksud al-Ṣaqqūr? Baginda SAW menjawab: Seseorang yang membawa masuk lelaki ke dalam ahli keluarganya (isterinya). [Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dalam al-Tārīkh, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6050]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.