Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT pada setiap hari Jumaat akan membebaskan 600 ribu orang dari api neraka

Teks Bahasa Arab

إن للهِ تعالى في كلِّ يومِ جُمُعةٍ سِتِّمِائةِ ألفِ عَتِيقٍ من النارِ، كلُّهم قد استَوْجَبُوا النارَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT pada setiap hari Jumaat akan membebaskan 600 ribu orang dari api neraka, yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis no. 1844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن لله تعالى في كل يوم جمعة ستمائة ألف عتيق من النار، كلهم قد استوجبوا النار». [ابن حبان في «المجروحين»، تمام، عد، الواحدي في «التفسير»، «الضعيفة» (614)]

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah SWT pada setiap hari Jumaat akan membebaskan 600 ribu orang dari api neraka, yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Kitab al-Majrūḥīn, Tamām dalam kitab al-Fawā’id, Ibn ‘Adī dalam kitab al-Kāmil, al-Wāhidī dalam kitab Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 614]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.