TEKS BAHASA ARAB
إن الله عز وجل يحبّ الصمت عند ثلاث: عند تلاوة القرآن وعند الزحف وعند الجنازة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT menyukai sifat diam pada tiga keadaan: Ketika tilawah al-Quran, ketika dalam peperangan dan ketika mengiringi jenazah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis nombor 5222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال, قال رسول الله ﷺ: إن الله عز وجل يحبّ الصمت عند ثلاث: عند تلاوة القرآن وعند الزحف وعند الجنازة. [طب, الضعيفة (5729)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyukai sifat diam pada tiga waktu: Ketika tilawah al-Quran, ketika dalam peperangan dan ketika mengiringi jenazah. [Riwayat Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5729]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.