Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ يُحبُّ الصَّمتَ عندَ ثلاثٍ : عندَ تلاوَةِ القرآنِ وعندَ الزَّحفِ وعندَ الجِنازَةِ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menyukai sifat diam pada tiga keadaan: Ketika tilawah al-Quran, ketika dalam peperangan dan ketika mengiringi jenazah.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis no. 5222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال, قال رسول الله ﷺ: إن الله عز وجل يحبّ الصمت عند ثلاث: عند تلاوة القرآن وعند الزحف وعند الجنازة. [طب, الضعيفة (5729)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyukai sifat diam pada tiga waktu: Ketika tilawah al-Quran, ketika dalam peperangan dan ketika mengiringi jenazah. [Riwayat Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5729]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman