Sesungguhnya Allah SWT menyukai diam dalam tiga keadaan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل يحب الصمت عند ثلاث عند تلاوة القرآن وعند الزحف وعند الجنازة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menyukai diam dalam tiga keadaan iaitu; ketika membaca al-Qur’an, ketika menemui musuh dalam peperangan dan ketika mengiringi jenazah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 66, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف. أخرجه الطبراني في الكبير (5130/ 5/ 213) وابن أبي شيبة في الدر (3/ 189) وأبو يعلى في مسنده كما في المطالب العاية (165- 166/ 2) من طريق معتمر بن سليمان ثنا ثابت بن زيد عن رجل عن زيد بن أرقم مرفوعاً. قال الهيثمي في المجمع (3/ 29) : وفيه رجل لم يسم. وكذا قال البوصيري في إتحاف السادة المهرة ثم قال: لكن المتن له شاهد من حديث أبي موسى الأشعري. رواه أبو داود في سننه وسكت عليه. أ.هـ‍.
قلت: كذا قال البوصيري يرحمه الله وفي قوله هذا تساهل إنما روى أبو داود (2657) من حديث أبي موسى الجملة الثانية وهي الصمت عند القتال ولكنه من رواية مطر الوراق عن قتادة عن أبي بردة عن أبيه مرفوعاً. ومطر الوراق ضعيف وقتادة مدلس وقدْ عنعن وشاهد آخر عند أبي داود (2656) من طريق قتادة عن الحسن عن قيس بن عباد قالَ: كانَ أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يكرهون الصوت عند القتال. وأخرجه الحاكم وغيرهوسنده ضعيف قتادة مدلس وكذا الحسن. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (5/213/5130), Ibn Abi Shaybah – sebagaimana dalam al-Dur (3/189) -, Abu Ya’la dalam Musnad beliau – sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah (2/165-166) – melalui sanad Mu’tamir bin Sulayman, katanya Thabit bin Zaid telah menceritakan kepada kami daripada seorang lelaki daripada Zaid bin Arqam secara marfu’. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (3/29): "Dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak disebutkan nama". Demikian juga kata al-Busiri dalam Ithaf al-Sadah al-Mahirah, kemudian al-Busiri berkata: "Namun, matan hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Abu Musa al-Ash’ari. Abu Daud telah meriwayatkannya dalam Sunan beliau seraya beliau berdiam diri (daripada memberikan komentar)".
Saya berkata: Begitulah kata al-Busiri r.h. Dalam kata-kata beliau ini terdapat sikap bermudah-mudah. Abu Daud meriwayatkannya (2657) melalui hadith Abu Musa al-Ash’ari bahagian kedua hadith, iaitu: "Diam ketika peperangan". Namun, hadith tersebut melalui riwayat Matar al-Warraq daripada Qatadah daripada Abu Burdah daripada ayahnya secara marfu’. Matar al-Warraq seorang yang dha’if. Manakala, Qatadah pula seorang Mudallis dan beliau meriwayatkannya secara ‘an’anah. Terdapat riwayat sokongan lain dalam Abu Daud (2656) melalui sanad Qatadah daripada al-Hasan daripada Qais bin ‘Ubbad, katanya: “Para sahabat Nabi SAW tidak suka mengangkat suara ketika peperangan". Ianya telah dikeluarkan oleh al-Hakim dan lain-lain, sanadnya dha’if. Qatadah seorang Mudallis, begitu juga al-Hasan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs