Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT menurunkan empat berkat dari langit ke bumi

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ أنزلَ أربعَ برَكاتٍ منَ السماءِ إلى الأرضِ، فأنزل الحديدَ والنارَ والماءَ والملحَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan empat berkat dari langit ke bumi, Dia menurunkan besi, api, air dan garam.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis no. 9187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله أنزل أربع بركات من السماء إلى الأرض، فأنزل الحديد والنار والماء والملح)). [فر، ((الضعيفة)) (3053)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT menurunkan empat berkat dari langit ke bumi, Dia menurunkan besi, api, air dan garam. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3053]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.