Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ جعل للزرعِ حرمَهُ غلوةً بسهمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan untuk tanaman itu kawasan khusus seluas 350 hasta. (ghalwah adalah sistem ukur tamadun Rom)
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis no. 9193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عكرمة مرفوعا: ((إن الله جعل للزرع حرمة غلوة بسهم)). [يحيى بن آدم في ((الخراج))، هق، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (3065)]
(Lemah) Daripada ‘Ikrimah berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan untuk tanaman itu kawasan khusus seluas 350 hasta.” (ghalwah adalah sistem ukur tamadun Rom) [Riwayat Yahya bin Adam dalam al-Kharraj, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3065]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman