Sesungguhnya Allah SWT menjadikan Nabi Muhamad SAW sebagai sebaik-baik makhluk

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق الخلق فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم فرقتين فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم قبائل فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم بيوتا فجعلني في خيرهم بيتا، فأنا خيرهم بيتا وخيركم نفسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah yang menjadikan semua makhluk dan Dia menjadikan aku sebaik-baik makhluk. Kemudian, Allah menjadikan manusia terbahagi kepada dua puak dan puak aku adalah yang terbaik di antara mereka. Kemudian, Allah menjadikan manusia terbahagi kepada beberapa kabilah dan Dia menjadikan kabilahku yang terbaik. Kemudian, Allah menjadikan rumah-rumah untuk manusia dan Dia menjadikan rumahku yang terbaik. Aku adalah yang terbaik di antara mereka di rumah dan juga terbaik di antara kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1824, hadis nombor 9195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالمطلب بن أبي وداعة، قال: قام النبي – صلى الله عليه وسلم – على المنبر فقال: ((من أنا؟)) قالوا: أنت رسول الله. فقال: أنا محمد بن عبدالله بن عبدالمطلب إن الله خلق الخلق فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم فرقتين فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم قبائل فجعلني في خيرهم، ثم جعلهم بيوتاً فجعلني في خيرهم بيتاً، فأنا خيرهم بيتاً وخيركم نفساً)). [ت، النسوي، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (3073)]

(Lemah) Daripada Abdul Mutalib bin Abu Wida’ah, beliau berkata: Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu bertanya: “Siapakah aku?,”Kami menjawab: “Engkau adalah Rasulullah.” Maka, Baginda bersabda: “Aku adalah Muhamad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya Allah yang menjadikan semua makhluk dan Dia menjadikan aku sebaik-baik makhluk. Kemudian, Allah menjadikan manusia terbahagi kepada dua puak dan puak aku adalah yang terbaik di antara mereka. Kemudian, Allah menjadikan manusia terbahagi kepada beberapa kabilah dan Dia menjadikan kabilahku yang terbaik. Kemudian, Allah menjadikan rumah-rumah untuk manusia dan Dia menjadikan rumahku yang terbaik. Aku adalah yang terbaik di antara mereka di rumah dan juga terbaik di antara kalian.”[Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, al-Fasawi, dan al-Mukhlis dalam al-Fawaid al-Muntaqoh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3073]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs