Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebenaran itu di atas lidah Umar bin al-Khattab RA

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله جعل الحق على لسان عمر وقلبه، وهو الفاروق، فرق به بين الحق والباطل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebenaran itu di atas lidah Umar dan di dalam hatinya, dia digelar sebagai al-Faruq (pemisah antara kebenaran dan kebatilan), Allah pisahkan antara kebenaran dan batil dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis nombor 9192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أيوب بن موسى، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله جعل الحق على لسان عمر وقلبه، وهو الفاروق، فرق الله به بين الحق والباطل)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3063)]

(Lemah) Daripada Ayub bin Musa berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebenaran itu di atas lidah Umar dan di dalam hatinya, dia digelar sebagai al-Faruq (pemisah antara kebenaran dan kebatilan), Allah pisahkan antara kebenaran dan batil dengannya.” [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3062]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.