Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ جعل الحقَّ على لسانِ عمرَ وقلبِهِ، وهو الفاروقُ، فَرَّقَ اللهُ به بينَ الحقِّ والباطلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebenaran itu di atas lidah Umar dan di dalam hatinya, dia digelar sebagai al-Faruq (pemisah antara kebenaran dan kebatilan), Allah pisahkan antara kebenaran dan batil dengannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis no. 9192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أيوب بن موسى، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله جعل الحق على لسان عمر وقلبه، وهو الفاروق، فرق الله به بين الحق والباطل)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3063)]
(Lemah) Daripada Ayub bin Musa berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebenaran itu di atas lidah Umar dan di dalam hatinya, dia digelar sebagai al-Faruq (pemisah antara kebenaran dan kebatilan), Allah pisahkan antara kebenaran dan batil dengannya.” [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3062]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman