Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan empat penasihat dan pemimpin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله -تعالى- أيدني بأربعة وزراء نقباء: اثنين من أهل السماء، واثنين من أهل الأرض، فقلنا: من الاثنان من أهل السماء؟ قال: جبريل وميكائيل. قلنا: من الاثنان من أهل الأرض؟ قال: أبو بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan empat penasihat dan pemimpin, dua daripada penduduk langit dan dua lagi daripada penduduk bumi. Lalu kami bertanya kepada baginda: Siapakah dua daripada penduduk langit? Baginda menjawab: Jibrail dan Mikail. Kami bertanya lagi: Siapakah dua daripada penduduk bumi? Baginda menjawab: Abū Bakar dan ‘Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis nombor 9189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -تعالى- أيدني بأربعة وزراء نقباء: اثنين من أهل السماء، واثنين من أهل الأرض، فقلنا: من الاثنان من أهل السماء؟ قال: جبريل وميكائيل. قلنا: من الاثنان من أهل الأرض؟ قال: أبو بكر وعمر)). [طب، حل، خط، ((الضعيفة)) (3056)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan empat penasihat dan pemimpin, dua daripada penduduk langit dan dua lagi daripada penduduk bumi.” Lalu kami bertanya kepada baginda: Siapakah dua daripada penduduk langit? Baginda menjawab: “Jibrail dan Mikail.” Kami bertanya lagi: Siapakah dua daripada penduduk bumi? Baginda menjawab: “Abū Bakar dan ‘Umar”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3056]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.