Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ -تعالى- أيَّدني بأربعةِ وزراءَ نقباءَ: اثنينِ من أهلِ السماءِ، واثنينِ من أهلِ الأرضِ، فقلنا: مَنِ الاثنانِ من أهلِ السماءِ؟ قال: جبريلُ وميكائيلُ. قلنا: مَنِ الاثنانِ من أهلِ الأرضِ؟ قال: أبو بكرٍ وعمرُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan empat penasihat dan pemimpin, dua daripada penduduk langit dan dua lagi daripada penduduk bumi. Lalu kami bertanya kepada baginda: Siapakah dua daripada penduduk langit? Baginda menjawab: Jibrail dan Mikail. Kami bertanya lagi: Siapakah dua daripada penduduk bumi? Baginda menjawab: Abū Bakar dan ‘Umar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis no. 9189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -تعالى- أيدني بأربعة وزراء نقباء: اثنين من أهل السماء، واثنين من أهل الأرض، فقلنا: من الاثنان من أهل السماء؟ قال: جبريل وميكائيل. قلنا: من الاثنان من أهل الأرض؟ قال: أبو بكر وعمر)). [طب، حل، خط، ((الضعيفة)) (3056)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan empat penasihat dan pemimpin, dua daripada penduduk langit dan dua lagi daripada penduduk bumi.” Lalu kami bertanya kepada baginda: Siapakah dua daripada penduduk langit? Baginda menjawab: “Jibrail dan Mikail.” Kami bertanya lagi: Siapakah dua daripada penduduk bumi? Baginda menjawab: “Abū Bakar dan ‘Umar”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3056]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman