Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS

TEKS BAHASA ARAB

إن الله اتخذني خليلا، كما اتخذ إبراهيم خليلا، فمنزلي ومنزل إبراهيم في الجنة يوم القيامة تجاهين، والعباس بيننا، مؤمن بين خليلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS, kedudukan aku dan kedudukan Ibrahim di syurga nanti berhadapan. Di antara kami ialah al-‘Abbas, seorang mukmin di antara dua peneman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis nombor 9181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله اتخذني خليلا، كما اتخذ إبراهيم خليلا، فمنزلي ومنزل إبراهيم في الجنة يوم القيامة تجاهين، والعباس بيننا، مؤمن بين خليلين)). [ه، خط، ((الضعيفة)) (3034)]

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS, kedudukan aku dan kedudukan Ibrahim di syurga nanti berhadapan. Di antara kami ialah al-‘Abbas, seorang mukmin di antara dua peneman. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3034]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs