Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS

TEKS BAHASA ARAB

إن الله اتخذني خليلا كما اتخذ إبراهيم خليلا، وإنه لم يكن نبي إلا له خليل، ألا وإن خليلي أبو بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS. Tidaklah seseorang itu dilantik menjadi nabi kecuali dia mempunyai Khalil, dan ketahuilah Khalil bagiku ialah Abū Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis nombor 9182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله اتخذني خليلا كما اتخذ إبراهيم خليلا، وإنه لم يكن نبي إلا له خليل، ألا وإن خليلي أبو بكر)). [طب، الواحدي في ((أسباب النزول))، ((الضعيفة)) (3035)]

(Palsu) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mengambilku sebagai Khalil (teman) seperti mana Ibrahim AS. Tidaklah seseorang itu dilantik menjadi nabi kecuali dia mempunyai Khalil, dan ketahuilah Khalil bagiku ialah Abū Bakar. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Wāḥidī dalam Asbāb al-Nuzūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3035]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs