Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas

TEKS BAHASA ARAB

بعث صلى الله عليه وسلم أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع في ليلة مظلمة إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينة قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبرا، قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف سقاه الله يوم العطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mengutuskan Abū Mūsā dalam satu kumpulan tentera ke laut. Apabila mereka sudah ke sana, mereka menegakkan layar kapal pada malam yang gelap gelita. Tiba-tiba, ada suara dari atas mereka berkata: Wahai warga kapal! Berhentilah, aku ingin mengkhabarkan kepada kalian tentang ketentuan yang Allah sudah tetapkan bagi diri-Nya. Abū Mūsā berkata: Khabarkanlah kepada kami jika engkau merupakan seorang penyampai khabar. Dia berkata: Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas, maka Allah akan memberikannya minum pada hari yang dia dahaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis nombor 3561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعث أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع ‌في ‌ليلة ‌مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينة! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً، قال: ((إن الله -تبارك وتعالى- قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاه الله يوم العطش)). [البزار، ((الضعيفة)) (٦٧٤٨)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA bahawa Rasulullah SAW mengutuskan Abū Mūsā dalam satu kumpulan tentera ke laut. Apabila mereka sudah ke sana, mereka menegakkan layar kapal pada malam yang gelap gelita. Tiba-tiba, ada suara dari atas mereka berkata: Wahai warga kapal! Berhentilah, aku ingin mengkhabarkan kepada kalian tentang ketentuan yang Allah sudah tetapkan bagi diri-Nya. Abū Mūsā berkata: Khabarkanlah kepada kami jika engkau merupakan seorang penyampai khabar. Dia berkata: Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas, maka Allah akan memberikannya minum pada hari yang dia dahaga. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs