Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas

Teks Bahasa Arab

بعثَ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أبا موسى سَرِيَّةً في البحرِ، فبينما هم كذلكَ قد رفعوا الشِّراعَ في ليلةٍ مظلمةٍ إذا هاتفٌ من فوقِهم يهتفُ: يا أهلَ السفينةِ قِفُوا أُخبرُكم بقضاءٍ قضاهُ اللهُ على نفسِه، قال أبو موسى: أَخبرْنا إن كنتَ مُخبرًا، قال: إنَّ اللهَ تباركَ وتعالَى قضَى على نفسِه أنهُ من أعطشَ نفسَه له في يومٍ صائفٍ سقاهُ اللهُ يومَ العطشِ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW mengutuskan Abū Mūsā dalam satu kumpulan tentera ke laut. Apabila mereka sudah ke sana, mereka menegakkan layar kapal pada malam yang gelap gelita. Tiba-tiba, ada suara dari atas mereka berkata: Wahai warga kapal! Berhentilah, aku ingin mengkhabarkan kepada kalian tentang ketentuan yang Allah sudah tetapkan bagi diri-Nya. Abū Mūsā berkata: Khabarkanlah kepada kami jika engkau merupakan seorang penyampai khabar. Dia berkata: Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas, maka Allah akan memberikannya minum pada hari yang dia dahaga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعث أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع ‌في ‌ليلة ‌مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينة! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً، قال: ((إن الله -تبارك وتعالى- قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاه الله يوم العطش)). [البزار، ((الضعيفة)) (٦٧٤٨)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA bahawa Rasulullah SAW mengutuskan Abū Mūsā dalam satu kumpulan tentera ke laut. Apabila mereka sudah ke sana, mereka menegakkan layar kapal pada malam yang gelap gelita. Tiba-tiba, ada suara dari atas mereka berkata: Wahai warga kapal! Berhentilah, aku ingin mengkhabarkan kepada kalian tentang ketentuan yang Allah sudah tetapkan bagi diri-Nya. Abū Mūsā berkata: Khabarkanlah kepada kami jika engkau merupakan seorang penyampai khabar. Dia berkata: Sesungguhnya Allah SWT menetapkan buat diri-Nya bahawa sesiapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas, maka Allah akan memberikannya minum pada hari yang dia dahaga. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6748]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.