Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang berumur 70 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب أبناء السبعين، ويستحي من أبناء الثمانين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang berumur 70 tahun, dan malu kepada orang yang berumur 80 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis nombor 9200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسين بن علي رفعه إلى النبي – صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله يحب أبناء السبعين، ويستحي من أبناء الثمانين)). [حل، ((الضعيفة)) (3121)]

(Lemah) Daripada al-Husayn bin Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang berumur 70 tahun, dan malu kepada orang yang berumur 80 tahun. [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3121]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs