Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يحبُّ أبناءَ السبعينَ، ويستحي منْ أبناءِ الثمانينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang berumur 70 tahun, dan malu kepada orang yang berumur 80 tahun.
Sahabat Perawi
- al-Husayn bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis no. 9200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسين بن علي رفعه إلى النبي - صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله يحب أبناء السبعين، ويستحي من أبناء الثمانين)). [حل، ((الضعيفة)) (3121)]
(Lemah) Daripada al-Husayn bin Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang berumur 70 tahun, dan malu kepada orang yang berumur 80 tahun. [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3121]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman