Sesungguhnya Allah SWT mencintai anak muda berusia dua puluh tahun sekiranya dia menyerupai orang berusia 80 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب ابن عشرين إذا كان شبيه ابن الثمانين، ويبغض ابن الستين إذا كان شبه عشرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mencintai anak muda berusia dua puluh tahun sekiranya dia menyerupai orang berusia 80 tahun. Dan Allah SWT membenci seorang yang berumur 60 tahun sekiranya dia menyerupai orang berusia 20 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 33, hadis nombor 122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يحب ابن عشرين إذا كان شبيه ابن الثمانين، ويبغض ابن الستين إذا كان شبه عشرين)).
[فر، ((الضعيفة)) (2098)]

(Lemah) Daripada ‘Uthmān ibn ‘Affān RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mencintai anak muda berusia dua puluh tahun sekiranya dia menyerupai orang berusia 80 tahun. Dan Allah SWT membenci seorang yang berumur 60 tahun sekiranya dia menyerupai orang berusia 20 tahun.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.