Sesungguhnya Allah SWT menamakan mereka sebagai golongan al-Abrār kerana mereka berbuat baik kepada nenek moyang dan anak keturunan

TEKS BAHASA ARAB

إنما سماهم الله الأبرار لأنهم بروا الآباء والأبناء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menamakan mereka sebagai golongan al-Abrār (Orang yang soleh) kerana mereka berbuat baik kepada nenek moyang dan anak keturunan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis nombor 215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنما سماهم الله الأبرار لأنهم بروا الآباء والأبناء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3221)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT menamakan mereka sebagai golongan al-Abrār (orang yang soleh) kerana mereka berbuat baik kepada nenek moyang dan anak keturunan.))
[Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3221].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs