Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنما سَمَّاهم اللهُ الأبرارَ لأنهم بَرُّوا الآباءَ والأبناءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT menamakan mereka sebagai golongan al-Abrār (Orang yang soleh) kerana mereka berbuat baik kepada nenek moyang dan anak keturunan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis no. 215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنما سماهم الله الأبرار لأنهم بروا الآباء والأبناء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3221)].
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT menamakan mereka sebagai golongan al-Abrār (orang yang soleh) kerana mereka berbuat baik kepada nenek moyang dan anak keturunan.)) [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3221].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman