Sesungguhnya Allah SWT memuliakan golongan nabi ke atas golongan muqarrabin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله فضل المرسلين على المقربين ، فلما بلغت السماء السابعة لقيني ملك من نور، على سرير من نور، فسلمت عليه، فرد علي السلام ، فأوحى الله إليه : يسلم عليك صفيي ونبيي فلم تقم إليه، وعزتي وجلالي لتقومن فلا تقعدن إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT memuliakan golongan nabi ke atas golongan muqarrabin. Apabila aku sampai ke langit yang ketujuh, malaikat daripada cahaya bertemu denganku, di atas katil daripada cahaya. Aku memberi salam kepadanya dan dia menjawab salamku. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: “Teman-Ku dan Nabi-Ku memberikan salam kepadamu dan engkau tidak berdiri kepadanya? Dengan kemuliaan-Ku dan kekuasaan-Ku, engkau akan berdiri dan jangan duduk sehingga hari kiamat."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: «إن الله فضل المرسلين على المقربين، فلما بلغت السماء السابعة لقيني ملك من نور، على سرير من نور، فسلمت عليه، فرد علي السلام، فأوحى الله إليه: يسلم عليك صفيي ونبيي فلم تقم إليه، وعزتي وجلالي لتقومن فلا تقعدن إلى يوم القيامة». [خط، «الضعيفة» (846)]

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuliakan golongan nabi ke atas golongan muqarrabin. Apabila aku sampai ke langit yang ketujuh, malaikat daripada cahaya bertemu denganku, di atas katil daripada cahaya. Aku memberi salam kepadanya dan dia menjawab salamku. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: “Teman-Ku dan Nabi-Ku memberikan salam kepadamu dan engkau tidak berdiri kepadanya? Dengan kemuliaan-Ku dan kekuasaan-Ku, engkau akan berdiri dan jangan duduk sehingga hari kiamat." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.