Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yang Dia khususkan mereka untuk menyelesaikan segala keperluan manusia

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عباداً اختصهم لقضاء حوائج الناس، آلى على نفسه أن لا يعذبهم بالنار، فإذا كان يوم القيامة خلوا مع الله عز وجل يحدثهم ويحدثونه، والناس في الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yang Dia khususkan mereka untuk menyelesaikan segala keperluan manusia. Menjadi hak untuk-Nya supaya tidak mengazab mereka dengan neraka. Pada hari kiamat kelak, mereka akan bersendirian bersama Allah ‘Azza Wa Jalla, Dia berbicara dengan mereka dan mereka berbicara dengan-Nya. Dan orang ramai masih dihisab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن لله عباداً اختصهم لقضاء حوائج الناس، آلى على نفسه أن لا يعذبهم بالنار، فإذا كان يوم القيامة خلوا مع الله عز وجل يحدثهم ويحدثونه، والناس في الحساب)). [تمام، ((الضعيفة)) (3196)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : ((Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yang Dia khususkan mereka untuk menyelesaikan segala keperluan manusia. Menjadi hak untuk-Nya supaya tidak mengazab mereka dengan neraka. Pada hari kiamat kelak, mereka akan bersendirian bersama Allah ‘Azza Wa Jalla, Dia berbicara dengan mereka dan mereka berbicara dengan-Nya. Dan orang ramai masih dihisab.))
[Riwayat Tammām dalam al-Fawā’id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3196].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs