Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ عبادًا اختصهم لقضاءِ حوائجِ الناسِ، آلَى على نفسِه أن لا يعذبَهم بالنارِ، فإذا كان يومُ القيامةِ خَلَوْا مع اللهِ عز وجل يُحَدِّثُهم ويحدثونه، والناسُ في الحسابِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yang Dia khususkan mereka untuk menyelesaikan segala keperluan manusia. Menjadi hak untuk-Nya supaya tidak mengazab mereka dengan neraka. Pada hari kiamat kelak, mereka akan bersendirian bersama Allah ‘Azza Wa Jalla, Dia berbicara dengan mereka dan mereka berbicara dengan-Nya. Dan orang ramai masih dihisab.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis no. 208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن لله عباداً اختصهم لقضاء حوائج الناس، آلى على نفسه أن لا يعذبهم بالنار، فإذا كان يوم القيامة خلوا مع الله عز وجل يحدثهم ويحدثونه، والناس في الحساب)). [تمام، ((الضعيفة)) (3196)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : ((Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yang Dia khususkan mereka untuk menyelesaikan segala keperluan manusia. Menjadi hak untuk-Nya supaya tidak mengazab mereka dengan neraka. Pada hari kiamat kelak, mereka akan bersendirian bersama Allah ‘Azza Wa Jalla, Dia berbicara dengan mereka dan mereka berbicara dengan-Nya. Dan orang ramai masih dihisab.)) [Riwayat Tamām dalam al-Fawā’id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3196].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman