Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ -تَبارَك وتَعالى- اختارَني، واختارَ لي أَصحابًا، فجَعلَ لي مِنهُم وُزراءَ وأَنصارًا وأَصهارًا، فمَن سبَّهُم فَعليهِ لَعنةُ اللهِ والمَلائكةِ والنَّاسِ أَجمعينَ، لا يَقبَلُ اللهُ منهُ يومَ القيامَةِ صَرْفًا وَلا عَدلًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan memilih untukku sahabat-sahabat, lalu Dia menjadikan dalam kalangan mereka penasihat, penolong dan juga menantuku. Maka, sesiapa yang mengeji mereka, ke atasnya laknat Allah, malaikat dan sekian manusia, dan pada hari kiamat nanti Allah tidak akan menerima amalannya yang sunat dan wajib.
Sahabat Perawi
- Uwaim bin Saidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis no. 9188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عويم بن ساعدة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -تبارك وتعالى- اختارني، واختار لي أصحابا، فجعل لي منهم وزراء وأنصارا وأصهارا، فمن سبهم فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين، لا يقبل الله منه يوم القيامة صرفا ولا عدلا)). [ابن أبي عاصم، طب، ك، حل، ((الضعيفة)) (3036)]
(Lemah) Daripada ‘Uwaim bin Sā‘idah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan memilih untukku sahabat-sahabat, lalu Dia menjadikan dalam kalangan mereka penasihat, penolong dan juga menantuku. Maka, sesiapa yang mengeji mereka, ke atasnya laknat Allah, malaikat dan sekalian manusia, dan pada hari kiamat nanti Allah tidak akan menerima amalannya yang sunat dan wajib. [Riwayat Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3036]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman