Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan Dia memilih untukku sahabat-sahabat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله اختارني، واختار لي أصحابا، واختار لي منهم أصهارا وأنصارا، فمن حفظني فيهم حفظه الله، ومن آذاني فيهم آذاه الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan Dia memilih untukku sahabat-sahabat, Dia memilih untukku dalam kalangan mereka ini untuk menjadi menantu dan pembantu. Maka, sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah SWT akan menjaganya. Sesiapa yang menyakitiku dengan menyakiti mereka, Allah ‘Azza wa Jalla akan menyakiti mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis nombor 9183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله اختارني، واختار لي أصحابا، واختار لي منهم أصهارا وأنصارا، فمن حفظني فيهم حفظه الله، ومن آذاني فيهم آذاه الله -عز وجل-)). [خط، ((الضعيفة)) (3037)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan Dia memilih untukku sahabat-sahabat, Dia memilih untukku dalam kalangan mereka ini untuk menjadi menantu dan pembantu. Maka, sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah SWT akan menjaganya. Sesiapa yang menyakitiku dengan menyakiti mereka, Allah ‘Azza wa Jalla akan menyakiti mereka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs