Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ اختارني، واختار لي أصحابًا، واختار لي منهم أصهارًا وأنصارًا، فمن حَفِظَنِي فيهم حَفِظَهُ اللهُ، ومن آذاني فيهم آذاه اللهُ -عز وجل-.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan Dia memilih untukku sahabat-sahabat, Dia memilih untukku dalam kalangan mereka ini untuk menjadi menantu dan pembantu. Maka, sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah SWT akan menjaganya. Sesiapa yang menyakitiku dengan menyakiti mereka, Allah ‘Azza wa Jalla akan menyakiti mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis no. 9183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله اختارني، واختار لي أصحابا، واختار لي منهم أصهارا وأنصارا، فمن حفظني فيهم حفظه الله، ومن آذاني فيهم آذاه الله -عز وجل-)). [خط، ((الضعيفة)) (3037)]
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT memilihku, dan Dia memilih untukku sahabat-sahabat, Dia memilih untukku dalam kalangan mereka ini untuk menjadi menantu dan pembantu. Maka, sesiapa yang menjagaku dengan menjaga mereka, Allah SWT akan menjaganya. Sesiapa yang menyakitiku dengan menyakiti mereka, Allah ‘Azza wa Jalla akan menyakiti mereka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3037]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman