Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanku untuk mengajarkan kamu apa yang telah Dia ajarkan kepadaku dan hendaklah aku mendidik kamu…

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم. إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله، يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيباً في طعامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanku untuk mengajarkan kamu apa yang telah Dia ajarkan kepadaku dan hendaklah aku mendidik kamu: Jika kamu sampai ke pintu rumah kamu, maka sebutlah nama Allah, lalu syaitan akan keluar dari rumah kamu. Jika makanan diletakkan di hadapan salah seorang daripada kamu, maka sebutlah nama Allah supaya syaitan tidak berkongsi rezeki denganmu. Dan barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka jagalah auratnya. Jika ia tidak menjaga auratnya, maka dia akan terkena penyakit lalu tidak ada sesiapa yang patut dia persalahkan kecuali dirinya sendiri. Barang siapa yang buang air kecil di tempat mandinya maka dia akan ditimpa waswas lalu tidak ada sesiapa yang patut dipersalahkan kecuali dirinya sendiri. Sekiranya kamu mengangkat hidangan makanan, sapulah di bawahnya. Ini kerana sesungguhnya syaitan memungut apa yang berada di bawahnya jadi janganlah jadikan untuk mereka bahagian daripada makanan kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis nombor 8902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم. إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله، يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيباً في طعامكم.)) [الحكيم، ((الضعيفة)) (7082)].

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanku untuk mengajarkan kamu apa yang telah Dia ajarkan kepadaku dan hendaklah aku mendidik kamu: Jika kamu sampai ke pintu rumah kamu, maka sebutlah nama Allah, lalu syaitan akan keluar dari rumah kamu. Jika makanan diletakkan di hadapan salah seorang daripada kamu, maka sebutlah nama Allah supaya syaitan tidak berkongsi rezeki denganmu. Dan barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka jagalah auratnya. Jika ia tidak menjaga auratnya, maka dia akan terkena penyakit lalu tidak ada sesiapa yang patut dia persalahkan kecuali dirinya sendiri. Barang siapa yang buang air kecil di tempat mandinya maka dia akan ditimpa waswas lalu tidak ada sesiapa yang patut dipersalahkan kecuali dirinya sendiri. Sekiranya kamu mengangkat hidangan makanan, sapulah di bawahnya. Ini kerana sesungguhnya syaitan memungut apa yang berada di bawahnya jadi janganlah jadikan untuk mereka bahagian daripada makanan kamu.))
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7082].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs