Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT memberkati kawasan yang berada di antara al-‘Arisy dan al-Furat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تبارَكَ وتعالَى باركَ ما بينَ العريشِ والفراتِ وخَصَّ فلسطينَ بالتقديسِ يعني: بالتطهيرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT memberkati kawasan yang berada di antara al-‘Arisy dan al-Furat. Allah juga mengkhususkan Palestin untuk membersihkan jiwa.

Sahabat Perawi

  1. Zuhair Bin Muhammad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1951, hadis no. 9773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن زهير بن محمد قال: حُدِّثت أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الله تبارك وتعالى باركَ ما بين العريشِ والفرات، وخصّ فلسطين بالتقدِيس يعني: بالتطهير. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7084)]

(Munkar) Daripada Zuhair Bin Muhammad, beliau berkata: Ada cerita sampai kepada aku bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT memberkati kawasan yang berada di antara al-‘Arisy dan al-Furat. Allah juga mengkhususkan Palestin untuk membersihkan jiwa. [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7084]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.