Sesungguhnya Allah SWT memberikan kepada aku dalam satu malam dua harta

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أعطاني الليلة الكنزين: كنز فارس والروم، وأمدني بالملوك ملوك حمير الأحمرين، ولا ملك إلا الله، يأتون يأخذون من مال الله، ويقاتلون في سبيل الله. قالها ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT memberikan kepada aku dalam satu malam dua harta, iaitu harta Parsi dan Rom. Lalu Dia mengembangkan ia kepada raja-raja Himyar al-Ahmarain, tiada kuasa yang kekal kecuali Allah SWT. Mereka hanya datang dan mengambil harta Allah, dan berperang di jalan Allah SWT. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis nombor 9186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من خثعم، قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك، فوقف ذات ليلة، واجتمع عليه أصحابه فقال: ((إن الله أعطاني الليلة الكنزين: كنز فارس والروم، وأمدني بالملوك ملوك حمير الأحمرين، ولا ملك إلا الله، يأتون يأخذون من مال الله، ويقاتلون في سبيل الله)). قالها ثلاثا. [حم، ((الضعيفة)) (3050)]

(Lemah) Daripada seorang pemuda dari Khath‘am berkata: Kami bersama Rasulullah SAW ketika perang Tabuk. Kami berhenti pada satu malam, dan para sahabat berkumpul di situ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah SWT memberikan kepada aku dalam satu malam dua harta, iaitu harta Parsi dan Rom. Lalu Dia mengembangkan ia kepada raja-raja Himyar al-Ahmarain, tiada kuasa yang kekal kecuali Allah SWT. Mereka hanya datang dan mengambil harta Allah, dan berperang di jalan Allah SWT. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3050]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs