Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ اللَّهَ أعطاني اللَّيلةَ الكَنزينِ: كنزَ فارسَ والرُّومِ، وأمدَّني بالملوكِ ملوكِ حِميَرَ الأحمرينَ، ولا ملِكَ إلَّا اللَّهُ، يَأتونَ يأخُذونَ من مالِ اللَّهِ، ويقاتِلونَ في سبيلِ اللَّهِ. قالها ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT memberikan kepada aku dalam satu malam dua harta, iaitu harta Parsi dan Rom. Lalu Dia mengembangkan ia kepada raja-raja Himyar al-Ahmarain, tiada kuasa yang kekal kecuali Allah SWT. Mereka hanya datang dan mengambil harta Allah, dan berperang di jalan Allah SWT. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis no. 9186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من خثعم، قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك، فوقف ذات ليلة، واجتمع عليه أصحابه فقال: ((إن الله أعطاني الليلة الكنزين: كنز فارس والروم، وأمدني بالملوك ملوك حمير الأحمرين، ولا ملك إلا الله، يأتون يأخذون من مال الله، ويقاتلون في سبيل الله)). قالها ثلاثا. [حم، ((الضعيفة)) (3050)]
(Lemah) Daripada seorang pemuda dari Khath‘am berkata: Kami bersama Rasulullah SAW ketika perang Tabuk. Kami berhenti pada satu malam, dan para sahabat berkumpul di situ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah SWT memberikan kepada aku dalam satu malam dua harta, iaitu harta Parsi dan Rom. Lalu Dia mengembangkan ia kepada raja-raja Himyar al-Ahmarain, tiada kuasa yang kekal kecuali Allah SWT. Mereka hanya datang dan mengambil harta Allah, dan berperang di jalan Allah SWT. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3050]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman