Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT membenci setiap individu yang angkuh lagi melampaui batas

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ يَبغضُ كلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ، سَخَّابٍ في الأسواقِ، جيفةٍ بالليلِ، حِمارٍ بالنهارِ، عالمٍ بأمرِ الدنيا، جاهلٍ بأمرِ الآخِرةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT membenci setiap individu yang angkuh lagi melampaui batas, sangat pemarah di pasar-pasar, berperangai busuk pada waktu malam, menjadi keldai (pak turut) di siang hari, alim tentang urusan dunia, jahil tentang urusan akhirat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 33, hadis no. 121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله يبغض كل جعظري جواظ، سخاب في الأسواق، جيفة بالليل، حمار بالنهار ، عالم بأمر الدنيا، جاهل بأمر الآخرة)). [حب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2304)]

(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT membenci setiap individu yang angkuh lagi melampaui batas, sangat pemarah di pasar-pasar, berperangai busuk pada waktu malam, menjadi keldai (pak turut) di siang hari, alim tentang urusan dunia, jahil tentang urusan akhirat. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2304]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.