Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang bermasam muka pada wajah saudara-saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبغض المعبس في وجوه إخوانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang bermasam muka pada wajah saudara-saudaranya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 61, hadis nombor 271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يبغض المعبس في وجوه إخوانه)). [فر، ((الضعيفة)) (3976)].

(Palsu)
Daripada ‘Alī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang bermasam muka pada wajah saudara-saudaranya.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3976].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.