Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ يبغضُ المُعبِسَ في وجوهِ إخوانِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang bermasam muka pada wajah saudara-saudaranya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 61, hadis no. 271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يبغض المعبس في وجوه إخوانه)). [فر، ((الضعيفة)) (3976)].
(Palsu) Daripada ‘Alī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang bermasam muka pada wajah saudara-saudaranya.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3976].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman