Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ يَبغضُ الشَّيخَ الغِربيبَ. قالَ رِشدينٌ: الَّذي يُخضِّبُ بالسَّوادِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci orang tua al-Ghirbib. Risydin berkata: Iaitu yang mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk menutup uban di kepalanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis no. 58. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah membenci orang tua al-Ghirbib. Risydin berkata: Iaitu yang mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk menutup uban di kepalanya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1471]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman