Sesungguhnya Allah SWT membenci orang lelaki yang meninggikan suaranya dan menyukai orang lelaki yang merendahkan suaranya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليكره الرجل الرفيع الصوت، ويحب الرجل الخفيض الصوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membenci orang lelaki yang meninggikan suaranya dan menyukai orang lelaki yang merendahkan suaranya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis nombor 1061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله ليكره الرجل الرفيع الصوت، ويحب الرجل الخفيض الصوت)). [هب، فر، ((الضعيفة)) (3142)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah membenci orang lelaki yang meninggikan suaranya dan Allah menyukai orang lelaki yang merendahkan suaranya.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3142]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.