Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الله لَيَكْرَهُ الرَجُلَ الرفيعَ الصوتِ، ويُحِبُّ الرَجُلَ الخَفِيضَ الصوتِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci orang lelaki yang meninggikan suaranya dan menyukai orang lelaki yang merendahkan suaranya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis no. 1061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله ليكره الرجل الرفيع الصوت، ويحب الرجل الخفيض الصوت)). [هب، فر، ((الضعيفة)) (3142)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah membenci orang lelaki yang meninggikan suaranya dan Allah menyukai orang lelaki yang merendahkan suaranya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3142]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman