Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يَبْغَضُ البَذِخِينَ الفَرِحِينَ المَرِحِينَ، ويُحِبُّ كلَّ قلبٍ حَزِينٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT membenci golongan yang angkuh, gembira lagi sombong. Dan Dia menyukai setiap jantung hati yang berdukacita.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis no. 196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبال - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يبغض البذخين الفرحين المرحين ويحب كل قلب حزين)). [فر، ((الضعيفة)) (3117)]
(Palsu) Daripada Mu'az Ibn Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT membenci golongan yang angkuh, gembira lagi sombong. Dan Dia menyukai setiap jantung hati yang berdukacita. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3117]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman