Sesungguhnya Allah SWT melipat gandakan satu kebaikan dengan dua juta kebaikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليضاعف الحسنة ألفي ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT melipat gandakan satu kebaikan dengan dua juta kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis nombor 2528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان النهدي، قال: لقيت أبا هريرة، فقلت له: إنه بلغني أنك تقول: إن الحسنة لتضاعف ألف ألف حسنة! قال: وما أعجبك من ذلك؟ فوالله! لقد سمعته – يعني النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إنه إن الله ليضاعف الحسنة ألفي ألف حسنة)). [حم، ابن جرير، ((الضعيفة)) (3975)]

(Lemah)
Daripada Abu ‘Uthman al-Nahdi beliau berkata: Aku telah berjumpa Abu Hurairah, lalu aku berkata kepadanya: "Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa kamu telah mengucapkan kata-kata ini: ‘Sesungguhnya Allah SWT melipat gandakan satu kebaikan dengan sejuta kebaikan!.’ Lalu beliau berkata: Dan apa yang membuatkan engkau terkejut tentang perkara tersebut? Demi Allah! Sesungguhnya aku telah mendengar baginda -Nabi SAW- bersabda: ‘Sesungguhnya Allah SWT melipat gandakan satu kebaikan dengan dua juta kebaikan."
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3975]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.