Sesungguhnya Allah SWT melarang kamu bertelanjang

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ينهاكم عن التعري، فاستحيوا من ملائكة الله الذين معكم؛ الكرام الكاتبين، الذين لا يفارقونكم إلا عند حالتين (وفي رواية: ثلاث حالات) : الغائط والجنابة والغسل، فإذا اغتسل أحدكم بالعراء، فليستتر بثوبه أوبجذمة حائط أوببعيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah melarang kamu bertelanjang. Malulah dengan malaikat yang mulia yang sentiasa bersama dengan kamu, yang mencatat amalan kamu, yang tidak sesekali berpisah denganmu melainkan pada dua keadaan: (dalam riwayat yang lain: tiga keadaan): Ketika membuang air besar, ketika berjunub dan ketika mandi. Apabila salah seorang daripada kamu bertelanjang, maka tutuplah (aurat) dengan pakaiannya atau dengan potongan dinding atau dengan tunggangannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1616, hadis nombor 8152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الله ينهاكم عن التعري، فاستحيوا من ملائكة الله الذين معكم؛ الكرام الكاتبين، الذين لا يفارقونكم إلا عند حالتين (وفي رواية: ثلاث حالات) : الغائط والجنابة والغسل، فإذا اغتسل أحدكم بالعراء، فليستتر بثوبه أوبجذمة حائط أوببعيره)). [السراج في ((حديثه))، البزار، ((الضعيفة)) (2243)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RHUMA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah melarang kamu bertelanjang. Malulah dengan malaikat yang mulia yang sentiasa bersama dengan kamu, yang mencatat amalan kamu, yang tidak sesekali berpisah denganmu melainkan pada dua keadaan: (dalam riwayat yang lain: tiga keadaan): Ketika membuang air besar, ketika berjunub dan ketika mandi. Apabila salah seorang daripada kamu bertelanjang, maka tutuplah (aurat) dengan pakaiannya atau dengan potongan dinding atau dengan tunggangannya.))
[Riwayat al-Sarraj dalam Hadis al-Sarraj dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2243].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.