TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله لما اختار الأرواح، اختار روح أبو بكر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah SWT ketika memilih roh-roh, Dia memilih roh Abu Bakar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 54, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن قيم الجوزية: وضعه جهلة المنتسبين إلى السنة.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata : Direka oleh orang jahil yang menyandarkan diri kepada ahli Sunnah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.