Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan menyukai kecantikan

Teks Bahasa Arab

‌إِنَّ ‌اللَّهَ ‌جَمِيلٌ ‌يُحِبُّ ‌الْجَمَالَ ‌سَخِيٌّ ‌يُحِبُّ ‌السَّخَاءَ ‌نَظِيفٌ ‌يُحِبُّ ‌النَّظَافَةَ ‌فَاكْسَحُوا ‌أَفْنِيَتَكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan menyukai kecantikan. Mudah dan sukakan kemudahan. Bersih dan sukakan kebersihan. Maka bersihkanlah halaman-halaman kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 567, hadis no. 2935.

(منكر) عَنِ ابْنِ عمر – رضي الله عنهما – قَالَ: قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إن الله جميل يحب ‌الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة، فاكْسحُوا أَفنيتَكم». [عد، «الضعيفة» (7086)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: “Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan menyukai kecantikan. Mudah dan sukakan kemudahan. Bersih dan sukakan kebersihan. Maka bersihkanlah halaman-halaman kamu”.” [Riwayat Ibn ‘Adī dalam kitab al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, nombor 7086].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.