Sesungguhnya Allah SWT hanya menerima solat daripada orang yang tawaduk

TEKS BAHASA ARAB

قال الله – تبارك وتعالى-: إنما أتقبل الصلاة ممن تواضع بها لعظمتي، ولم يستطل على خلقي، ولم يبت مصرا على معصيتي، وقطع نهاره في ذكري، ورحم المسكين وابن السبيل، والأرملة، ورحم المصاب، ذلك نوره كنور الشمس، أكلؤه بعزتي، وأستحفظه ملائكتي، وأجعل له في الظلمة نورا، وفي الجهالة حلما، ومثله في خلقي كمثل الفردوس في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah -Tabaraka wa Taala- berfirman: Sesungguhnya Aku hanya menerima solat daripada mereka yang tawaduk dan (mengiktiraf) keagungan-Ku serta tidak berbuat jahat kepada ciptaan-Ku, dan tidak berterusan melakukan maksiat kepada-Ku, dan menghabiskan waktu siangnya dengan mengingati-Ku, menyayangi orang miskin, ibn sabil (orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak), para janda, dan mereka yang ditimpa musibah. Demikianlah cahayanya seperti cahaya matahari, Aku akan melindunginya dengan kemuliaan-Ku, dan Aku akan meminta para malaikat-Ku untuk memeliharanya, dan Aku menjadikan cahaya untuknya dalam kegelapan, dan ketenangan pada kejahilan, dan perumpamaannya dalam kalangan makhluk-Ku seperti al-Firdaus di dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis nombor 47. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((قال الله – تبارك وتعالى-: إنما أتقبل الصلاة ممن تواضع بها لعظمتي، ولم يستطل على خلقي، ولم يبت مصرا على معصيتي، وقطع نهاره في ذكري، ورحم المسكين وابن السبيل، والأرملة، ورحم المصاب، ذلك نوره كنور الشمس، أكلؤه بعزتي، وأستحفظه ملائكتي، وأجعل له في الظلمة نورا، وفي الجهالة حلما، ومثله في خلقي كمثل الفردوس في الجنة)).
[البزار، ابن حبان في ((المجروحين))، ((الضعيفة)) (950)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah -Tabaraka wa Taala- berfirman: Sesungguhnya Aku hanya menerima solat daripada mereka yang tawaduk dan (mengiktiraf) keagungan-Ku serta tidak berbuat jahat kepada ciptaan-Ku, dan tidak berterusan melakukan maksiat kepada-Ku, dan menghabiskan waktu siangnya dengan mengingati-Ku, menyayangi orang miskin, ibn sabil (orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak), para janda, dan mereka yang ditimpa musibah. Demikianlah cahayanya seperti cahaya matahari, Aku akan melindunginya dengan kemuliaan-Ku, dan Aku akan meminta para malaikat-Ku untuk memeliharanya, dan Aku menjadikan cahaya untuknya dalam kegelapan, dan ketenangan pada kejahilan, dan perumpamaannya dalam kalangan makhluk-Ku seperti al-Firdaus di dalam syurga.
[Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban dalam al-Majruhin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.950]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs