Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ مُذْنِبٌ إِلَّا مَنْ عَافَيْتُ؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ، وَكُلُّكُمْ فَقِيرٌ إِلَّا مَنْ أَغْنَيْتُ، إِنِّي جَوَادٌ مَاجِدٌ وَاجِدٌ؛ أَفْعَلُ مَا أَشَاءُ، عَطَائِي كَلَامٌ، وَعَذَابِي كَلَامٌ؛ إِذَا أَرَدْتُ شَيْئًا فَإِنَّمَا أَقُولُ لَهُ: كُنْ فَيَكُونُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi mintalah keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuni kamu. Kalian semua adalah faqir melainkan orang yang telah Aku berikan kecukupan. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, Aku melakukan apa yang Aku kehendaki, pemberian-Ku dengan ucapan dan azab-Ku dengan ucapan. Saat Aku menginginkan sesuatu perkara maka akan Aku berkata padanya: Jadilah! Maka terjadilah ia.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis no. 7662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abi Dzar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi mintalah keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuni kamu. Kalian semua adalah faqir melainkan orang yang telah Aku berikan kecukupan. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, Aku melakukan apa yang Aku kehendaki, pemberian-Ku dengan ucapan dan azab-Ku dengan ucapan. Saat Aku menginginkan sesuatu perkara maka akan Aku berkata padanya: Jadilah! Maka terjadilah ia.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5375].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman