Sesungguhnya Allah SWT berkata: Sesungguhnya Aku berkehendak untuk mengazab penduduk bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله سبحانه يقول: إني لأهم بأهل الأرض عذابا، فإذا نظرت إلى عمار بيوتي، والمتحابين في، والمستغفرين بالأسحار، صرفت عنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT berkata: Sesungguhnya Aku berkehendak untuk mengazab penduduk bumi, namun apabila Aku melihat kepada golongan yang mengimarahkan rumah-rumah-Ku, juga kepada golongan yang saling menyayangi kerana-Ku, serta golongan yang beristighfar pada waktu sahur, maka Aku mengalihkan azab tersebut dari mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147-148, hadis nombor 746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الله سبحانه يقول: إني لأهم بأهل الأرض عذاباً، فإذا نظرت إلى عُمَّارِ بُيوتي، والمتحابِّين فيَّ، والمستغفرين بالأسحار؛ صرفت عنهم)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (7102)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berkata: Sesungguhnya Aku berkehendak untuk mengazab penduduk bumi, namun apabila Aku melihat kepada golongan yang mengimarahkan rumah-rumah-Ku, juga kepada golongan yang saling menyayangi kerana-Ku, serta golongan yang beristighfar pada waktu sahur, maka Aku mengalihkan azab tersebut dari mereka.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7102]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs