Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: Aku adalah Yang Maha Mulia

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – يقول في كل يوم: أنا العزيز، فمن أراد عزّ الدارين؛ فليطع العزيز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: "Aku adalah Yang Maha Mulia, maka sesiapa yang menginginkan kemuliaan dua kediaman (dunia dan akhirat), hendaklah dia taat kepada Yang Maha Mulia".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis nombor 2752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله – تعالى – يقول في كل يوم: أنا العزيز، فمن أراد عزّ الدارين؛ فليطع العزيز». [الخليلي في «الإرشاد»، خط، ابن عساکر، ابن الجوزي، فر، «الضعيفة» (5752)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: "Aku adalah Yang Maha Mulia, maka sesiapa yang menginginkan kemuliaan dua kediaman (dunia dan akhirat), hendaklah dia taat kepada Yang Maha Mulia." [Riwayat al-Khalili dalam al-Irsyad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5752].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs