Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: Aku adalah Yang Maha Mulia

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ - تعالى - يقولُ في كلِّ يومٍ: أنا العزيزُ، فمن أرادَ عزَّ الدَّارينِ؛ فليُطعِ العزيزَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: "Aku adalah Yang Maha Mulia, maka sesiapa yang menginginkan kemuliaan dua kediaman (dunia dan akhirat), hendaklah dia taat kepada Yang Maha Mulia".

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis no. 2752.

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله - تعالى - يقول في كل يوم: أنا العزيز، فمن أراد عزّ الدارين؛ فليطع العزيز». [الخليلي في «الإرشاد»، خط، ابن عساکر، ابن الجوزي، فر، «الضعيفة» (5752)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada setiap hari: "Aku adalah Yang Maha Mulia, maka sesiapa yang menginginkan kemuliaan dua kediaman (dunia dan akhirat), hendaklah dia taat kepada Yang Maha Mulia." [Riwayat al-Khalili dalam al-Irsyad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5752].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.