Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Akulah Allah tiada Tuhan selain-Ku, raja bagi segala raja, serta pemilik raja-raja

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -عز وجل- يقول: أنا الله لا إله إلا أنا، ملك الملوك، ومالك الملوك، قلوب الملوك بيدي، وإن العباد أطاعوني حولت قلوب ملوكهم عليهم بالرأفة والرحمة، وإن العباد عصوني حولت قلوب ملوكهم بالسخط والنقمة فساموهم سوء العذاب، فلا تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك، ولكن أشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع؛ أكفكم ملوككم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Akulah Allah tiada Tuhan selain-Ku, Raja bagi segala raja, serta pemilik raja-raja, hati sekalian raja berada di tangan-Ku, hamba-Ku jika mentaati-Ku hati raja mereka akan bertukar menjadi rahmat, dan hamba-Ku jika mengingkari perintah-Ku maka hati raja mereka akan bertukar menjadi kemurkaan dan mereka ditimpa azab. Maka janganlah kamu menyibukkan diri kamu dengan berdoa kepada raja-raja. Namun sibukkanlah diri kamu dengan zikir dan merendah diri, maka Aku akan cukupkan bagi kamu raja-raja kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 768, hadis nombor 3920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه – مرفوعاً: «إن الله -عز وجل- يقول: أنا الله لا إله إلا أنا، ملك الملوك، ومالك الملوك، قلوب الملوك بيدي، وإن العباد أطاعوني حولت قلوب ملوكهم عليهم بالرأفة والرحمة، وإن العباد عصوني حولت قلوب ملوكهم بالسخط والنقمة فساموهم سوء العذاب، فلا تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك، ولكن أشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع؛ أكفكم ملوككم». [طب، حل، تمام، «الضعيفة» (602)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Akulah Allah tiada Tuhan selain-Ku, Raja bagi segala raja, serta pemilik raja-raja, hati sekalian raja berada di tangan-Ku, hamba-Ku jika mentaati-Ku hati raja mereka akan bertukar menjadi rahmat, dan hamba-Ku jika mengingkari perintah-Ku maka hati raja mereka akan bertukar menjadi kemurkaan dan mereka ditimpa azab. Maka janganlah kamu menyibukkan diri kamu dengan berdoa kepada raja-raja. Namun sibukkanlah diri kamu dengan zikir dan merendah diri, maka Aku akan cukupkan bagi kamu raja-raja kamu.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Razi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 602]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs