Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: أنَا اللّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا، مَلِكُ الْمُلُوكِ، وَمَالِكُ الْمُلُوكِ، قُلُوبُ الْمُلُوكِ بِيَدِي، وَإِنِ الْعِبَادُ أَطَاعُونِي حَوَّلْتُ قُلُوبَ مُلُوكِهِمْ عَلَيْهِمْ بِالرَّأْفَةِ وَالرَّحْمَةِ، وَإنِ الْعِبَادُ عَصَوْنِي حَوَّلْتُ قُلُوبَ مُلُوكِهِمْ بِالسَّخَطِ وَالنِّقْمَةِ فَسَامُوهُمُ سُوءَ الْعَذَابِ، فَلَا تَشْغَلُوا أنفسَكم بِالدُّعَاءِ عَلَى الْمُلُوكِ، وَلَكِنْ أَشْغِلُوا أنفسَكم بالذِّكْرِ والتَضَرُّعِ أَكْفِكُم ملوكَكُم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Akulah Allah tiada Tuhan selain-Ku, raja bagi segala raja, serta pemilik raja-raja, hati sekalian raja berada di tangan-Ku, hamba-Ku jika mentaati-Ku, hati raja mereka akan bertukar menjadi rahmat, dan hamba-Ku jika mengingkari perintah-Ku maka hati raja mereka akan bertukar menjadi kemurkaan dan mereka ditimpa azab. Maka janganlah kamu menyibukkan diri kamu dengan berdoa kepada raja-raja. Namun sibukkanlah diri kamu dengan zikir dan merendah diri, maka aku akan cukupkan bagi kamu raja-raja kamu.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 768, hadis no. 3920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إن الله -عز وجل- يقول: أنا الله لا إله إلا أنا، ملك الملوك، ومالك الملوك، قلوب الملوك بيدي، وإن العباد أطاعوني حولت قلوب ملوكهم عليهم بالرأفة والرحمة، وإن العباد عصوني حولت قلوب ملوكهم بالسخط والنقمة فساموهم سوء العذاب، فلا تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك، ولكن أشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع؛ أكفكم ملوككم)). [طب، حل، تمام، ((الضعيفة)) (602)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Akulah Allah tiada Tuhan selainKu, raja bagi segala raja, serta pemilik raja-raja, hati sekalian raja berada di tanganKu, hambaKu jika mentaatiku hati raja mereka akan bertukar menjadi rahmat, dan hambaKu jika mengingkari perintahku maka hati raja mereka akan bertukar menjadi kemurkaan dan mereka ditimpa azab. Maka janganlah kamu menyibukkan diri kamu dengan berdoa kepada raja-raja. Namun sibukkanlah diri kamu dengan zikir dan merendah diri, maka aku akan cukupkan bagi kamu raja-raja kamu.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Razi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 602]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman