TEKS BAHASA ARAB
إن الله – تعالى – باهى بالناس يوم عرفة عاما وباهى بعمر ابن الخطاب خاصة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT berbangga dengan manusia pada hari Arafah secara umum dan berbangga dengan Umar bin al-Khattab secara khusus.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الله – تعالى – باهى بالناس يوم عرفة عاما وباهى بعمر ابن الخطاب خاصة)). [الجرجاني، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (3054)]
(Batil)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT berbangga dengan manusia pada hari Arafah secara umum dan berbangga dengan Umar bin al-Khattab secara khusus.
[Riwayat al-Jurjani, Ibn Asakir dan Ibn al-Jauzi dalam al-Wahiat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3054]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.